Wednesday 29 January 2014

senjata klasik

                    (senjata yang mungkin boleh di gunakan pada zaman dahulu untuk menentang penjajah)                                         

        Saya ingin mengungkit  penjelasan  di dalam blog srikandi yang mana menerangkan tentang senjata orang melayu pada masa dahulu.Ia adalah penjelasan yang cukup terang dan mempunyai bukti2 yang kukuh hingga timbul persoalan yang bermain di dalam fikiran saya.Semasa di bangku sekolah kita diajarkan dengan sejarah yang tidak lengkap juga boleh dikatakan sebagai pemalsuan...Mengapa kita tidak di dedahkan dengan keadaan sebenar tentang kejadian yang benar-benar  belaku pada masa itu?..Mengapa perlu di sembunyikan kejadian sebenar tentang masa lalu?Apakah tiada bukti yang mencukupi untuk memperkuatkan fakta sejarah.?Ataupun tiada pengkaji sejarah yang bersungguh-sungguh melakukan kajian pada masa lalu.Sejarah adalah laluan usia dan pengalaman,tanpa sejarah tiadalah warisan,tanpa warisan tiadalah panduan dan tanpa panduan tiadalah matlamat.     

           Hargailah sejarah kita,bilamana kita tidak menghargai sejarah kita sendiri yang juga sebagai khazanah kita,maka kita kurang yakin pada diri sendiri dan tidak akan berani  menghadapi zaman  yang akan datang.Kecuali kita mendapat bantuan orang lain ataupun meniru idea orang lain demi mencapai matlamat.Pada pendapat saya kita tidak salah meniru idea orang lain tetapi bukan dari semua aspek sehingga kita lupa diri,dan kelebihan yang telah di berikanNya..Inilah akibatnya bila kita tidak mengambil berat terhadap sejarah bangsa sendiri.Kita terlalu alpha dengan dunia moden yang menitik beratkan kepada kejayaan-kejayaan yang di kecapi oleh orang barat.sehingga kita abaikan kebolehan bangsa melayu sendiri.Padahal telah pun jelas bahawa orang barat banyak menciplak idea bangsa melayu pada masa lalu sehingga mereka mengecapi kejayaan pada masa kini..Hari ini kita boleh menilai sikap melayu kita.Mungkin agak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa melayu hari ini sebagai PAK TURUT.. TAPI FIKIR2LAH...

meriam yang digunakan oleh orang melayu dahulu untuk peperangan dan upacara2 diraja.


senjata api orang melayu pada masa dahulu.